Saturday, November 27, 2010

pulangnya pipit ke sarang

besok bermulalah perjalanan aku kembali ke sarang
dimana di situ tmpt aku menuntut ilmu
gembira, sedih, suka, duka,
semua perasaan ada di tempat itu..
nnty lah kepulangan ku.. 

UNITEN....

fareastra..
esok balik ngn akmal n konvoi ngn zaza...

Saturday, November 20, 2010

di hari persandingan mu..

Dalam sepi ku terbayang

Wajahmu bermain di mataku

Lantas bercucuran airmata

Berlinangan dipipiku

Mengenangkan peristiwa

Di suatu masa kita berdua

Bermesra dan saling menyinta

Namun perpisahan akhirnya

Betapa sedih betapa pilu

Melihat kau berdua di situ

Bersama duduk di atas takhta

Di hari persandinganmu

Burung-burung pun turut berkicau

Menyanyikan lagu indah

Sanak saudara sekelian yang ada

Semua turut gembira

Selamat ku ucapkan padamu

Semoga kau bahagia dengan pilihanmu

Selamat ku pinta izin pergi dahulu

Membawa diriku ke alam baru

Selamat wahai pengantin baru

Semoga bahagia ke anak cucu

Selamat tinggal oh! sayangku

Semoga gembira selalu

fareastra...
semoga gembira selalu...

sabtu

mengapa hari ini perlu ada???
amat perit buat aku apabila hari ini menjelma...
sudah puas aku di siksa
sudah ckp aku merana
sudah serik aku terluka
mengapa ia muncul...
tidak bolehkah ia berlalu dengan begitu sahaja 
tanpa melalui hari ini...
dia bukan milik aku lagi
dia sudah menjadi milik org lain
tapi mengapa hati aku mengatakan aku sayang dn cintanya lagi...
tidakkah kau mengerti perasaan aku ini
kau bergembira aku berduka..
kau riang di sana, aku terluka disini..
puas sudah kau sakiti hti ini..
alangkah bagus kalau hari ini berlalu dengan pantas...

YA ALLAH, apakah dosaku pada MU??
sehingga aku di uji sebegini rupa..
salahkah aku untuk menyayanginya??
salahkah aku untuk mencintainya??
mengapa perlu berakhir dengan sebegini rupa??
tabahkan lah hati hambamu ini...
aku perlukan petunjuk MU...

fareastra...
moga cpat hari ini berlalu... T__T

Thursday, November 18, 2010

bosan

nape mlm ni rasa bosan??
dulu aku ada dia...
dia yang pernah bertakhta kat hati..
tapi skunk dye dah xde...

dulu aku ada kawan yang selalu msg ngn aku
tapi skunk dye plak mcm nk jauh dari aku...

apa salah aku pada kaum hawa??
adakah aku ni x sesuai untuk hidup berdua...
aku ingin teman..
aku ingin kekasih...
tapi itu semua hanya angan2
sbb aku x dpt rasa nya skunk.. 
nape ini terjadi???

fareastra...
kasih ku x pernah luntur...

Tuesday, November 16, 2010

salam aidul adha

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

buat semua rakan2 yang beragama islam
termasuklah umat islam seluruh dunia..
diucapkan
SALAM AIDUL ADHA...


fareastra....
pengorbanan tahun ini untuk aku ckp memeritkan....

Sunday, November 14, 2010

luahan

ermmm
nk aku luah x mampu.. nk aku telan perit..
apa kn daya, aku hanya insan biasa...
ermmm
bnyk benda aku nk luahkan.. tapi x mampu... haihhhh

xpe r..  out dulu...

fareastra....
susah senang bersama, akhirnya ini yang terbalas...

pengumuman!!!!!!!!!!

bermula pada 30 november 2010,
aku akan tukar no celcom aku ke no lain..
so kepada sesiapa yang sudah ada no celcom aku sila tunggu updates yer..
no maxis masih ttp diteruskan.

fareastra..
kenangan manis no celcom akan aku luputkan...